Buku 4 · Untuk pemilik agensi, bisnes servis dan pasukan kecil
Pukul enam petang, pelanggan tanya draf. Anda masih cari fail lama dalam chat?
Jalankan mini CRM pada komputer anda, ubah satu bahagian bersama pembantu coding AI dan buktikan data boleh dipulihkan.
Dalam kit ini anda menjalankan app kecil untuk pelanggan dan kerja Studio Satu: dua akaun latihan dengan rekod berasingan, draf bernombor versi, keputusan semakan, eksport, backup dan restore. Anda juga mencuba satu perubahan kecil bersama pembantu coding.
Ini ruang latihan setempat, bukan app yang sedia dibuka kepada pelanggan atau staf di internet. Anda belajar memutuskan bina atau langgan, menulis pelan sebelum meminta kod, dan membuktikan setiap langkah.
sekali bayar, ebook, buku kerja, Excel, tip dan lab
Harga pelancaran. Naik ke bila pelancaran tamat.
- Ebook 32 halaman
- Buku kerja 20 halaman
- Excel 4 tab
- 18 tip
- Makmal mini CRM
Ari Founder PathBuku 4
Bina app danCRM kecilanda
Panduan praktikal untuk pemilik bisnes servis dan pasukan kecil.
Satu app. Rekod terjaga. Anda faham.
8 bab · Mini CRM tempatan
Buku kerja, Excel dan tip
4 Langkah Ringkas Dari Pelan Kepada App Kecil Yang Boleh Dipulihkan.
-
Dapatkan kit
Bayar sekali. Folder Google Drive anda (satu ZIP dan tiga PDF panduan) dikongsi kepada emel yang anda isi.
-
Tulis pelan dulu
Brief satu halaman dan lima skrin minimum, sebelum anda minta apa-apa kod.
-
Jalankan app dan buktikan
Dua akaun latihan: uji login, pengasingan rekod dan satu kerja dari draf hingga kelulusan. Satu perubahan kecil bersama pembantu coding ialah pilihan.
-
Backup, restore, rekod
Ambil backup, pulihkan ke folder baharu dan isi Excel kos dan penjagaan.
Rekod Ada Di Mana-Mana. Tapi Tak Ada Satu Tempat Yang Boleh Dipercayai.
- Pukul enam petang, pelanggan tanya tentang draf yang dijanjikan. Anda buka chat dan cari fail lama.
- Kerja itu mungkin dah dibuat. Rekodnya sahaja yang belum tersusun dalam satu tempat.
- Anda terfikir nak bina app sendiri, tapi tak pasti patut bina atau melanggan alat sedia ada.
- Bila rekod dah ada, timbul risau: siapa boleh nampak rekod siapa, dan bagaimana kalau data hilang?
App sendiri tak memberi kelebihan semata-mata kerana ia milik anda. Ia berguna kalau ia mengurangkan kerja berulang atau menjadikan keputusan lebih jelas.
Kit ni ajar anda menimbang bina atau langgan dengan kos penjagaan, menulis pelan sebelum minta kod, dan membuktikan login, pengasingan rekod dan pemulihan benar-benar berfungsi.
Empat benda yang anda buktikan, bukan sekadar percaya:
- Pelan
- Login
- Pengasingan rekod
- Pemulihan
Punca sebenar
Rekod bertaburan dalam chat dan fail, dan belum ada bukti bahawa login, pengasingan rekod dan backup benar-benar berfungsi. Kit ni bantu anda timbang bina atau langgan, dan buktikan setiap langkah sebelum anda percaya apa-apa.
Empat Level. Satu Laluan, Satu Hasil Pada Satu Masa.
| Level | Hasil dan syarat lulus | Syarat masuk | Harga |
|---|---|---|---|
| Level 1 · MulaAri Mula | Satu draf daripada bahan yang jelas, semak fakta dan rekod keputusan.Lulus bila: anda ada draf yang padan dengan bahan asal, keputusan semakan dan satu rekod percubaan. | Tiada. Tak perlu coding. Anda perlukan satu aplikasi chat AI yang boleh terima teks, pembaca PDF dan aplikasi hamparan. | …Naik ke selepas pelancaran |
| Level 2 · TemanKit Agent | Bagi mandat kepada ejen untuk baca fail terpilih dan sediakan briefing bersumber.Lulus bila: briefing sebut sumber, tandakan tarikh yang bercanggah, dan tak hantar apa-apa kat pelanggan. | Tak perlu Buku 1. Komputer dan akaun dengan akses kepada alat ejen yang boleh baca folder (laluan utama: Codex), atau laluan ChatGPT Projects. | …Naik ke selepas pelancaran |
| Level 3 · SambungKit Workflow | Sambungkan brief, draf, semakan versi, keputusan dan eksport dalam satu aliran kerja setempat.Lulus bila: brief yang diulang tak gandakan kerja, dan keputusan terikat pada versi yang dah disemak. | Tak perlu buku lain. Komputer (Windows atau macOS), pelayar, Python 3 dan sanggup salin arahan Terminal. | …Naik ke selepas pelancaran |
| Level 4 · BinaKit App Anda di sini | Jalankan mini CRM dengan dua akaun latihan, ubah satu ciri dan buktikan data boleh dipulihkan.Lulus bila: akaun kedua tak boleh baca kerja akaun pertama, dan backup berjaya dipulihkan ke folder baharu. | Tak perlu buku lain. Komputer, pelayar, Python 3.11 atau lebih baharu dan sanggup salin arahan Terminal. | …Naik ke selepas pelancaran |
Setiap buku boleh guna sendiri. Mula pada Level yang paling dekat dengan kerja anda; ID, tarikh dan kelulusan tak pindah automatik antara buku.
Hasil Latihan Anda: Mini CRM Yang Berjalan, Dua Akaun Terasing Dan Satu Backup Yang Terbukti Pulih.
Anda menjalankan app, membuat satu kerja daripada draf hingga kelulusan, dan menguji sempadannya. Makmal ini sengaja meminta empat bukti:
Ada juga satu perubahan kecil untuk dicuba bersama pembantu coding: carian status, dengan contoh diff yang disediakan.
Akaun lain tak boleh baca rekod anda. Skrin, carian, butiran melalui ID dan eksport diuji dengan akaun kedua.
Tab lama ditolak. Menyimpan daripada tab yang tidak dimuat semula ditolak, dan anda diminta membuka rekod semula.
Draf baharu membatalkan kelulusan lama. Kelulusan terikat pada versi yang dibaca.
Backup dibuktikan dengan restore. Anda pulihkan ke folder baharu dan semak keadaan semasa backup diambil.
Lima Langkah: Daripada Pelan Kepada Penjagaan.
Ebook menerangkan keputusan, buku kerja membantu anda merancang app sendiri dan Excel merekod skop, kos dan ujian pemulihan.
Anda tak perlu tahu menulis kod untuk bermula. Anda perlu sanggup membaca arahan, mencuba satu langkah dan memeriksa hasil.
Tulis brief satu halaman dan lima skrin minimum sebelum meminta apa-apa kod.
Jalankan app dan minta pembantu coding membaca kod dahulu sebelum mengubah.
Uji dua akaun: login, pengasingan rekod, eksport dan tab lama.
Siapkan satu kerja: draf, revisi, kelulusan versi dan bukti.
Eksport, backup, restore dan rekod kos serta jadual penjagaan dalam Excel.
Backup yang berguna ialah backup yang pernah anda buka semula dan padankan dengan rekod yang dijangka.
Contoh Daripada Kit: Arahan Yang Anda Jalankan, Bukti Yang Anda Cari.
Petikan daripada panduan makmal dan ebook. Bahan rekaan. (Pada Windows, gunakan py -3 sebagai ganti python3.)
Arahan makmal
python3 app.py init python3 app.py serve python3 app.py backup --file salinan-01.sqlite python3 app.py restore --file salinan-01.sqlite --data-dir pulih python3 app.py serve --data-dir pulih
Apa yang anda semak
Login sebagai Haziq. Buka rekod kerja Nadia melalui ID. Jangkaan: rekod tidak ditemui dalam akaun ini.
Selepas restore: keadaan semasa backup diambil, bukan perubahan selepas backup.
Menghasilkan fail backup sahaja belum membuktikan pemulihan berfungsi.
Perhatikan: kejayaan diukur dengan apa yang boleh anda buka dan sahkan, bukan dengan mesej “siap”.
Saya Nak Cuba Latihan Ni8 Bab Dan 4 Lampiran Dalam 32 Halaman.
Buku 4 sengaja ringkas: satu app, satu makmal. Nilai utamanya ialah latihan, buku kerja, Excel dan makmal yang disertakan, bukan jumlah halaman. Tengok pratonton di bawah untuk menilai sendiri.
- Hasil
- Mini CRM berjalan di komputer anda: dua akaun terasing, satu kerja dari draf hingga kelulusan dan satu backup yang terbukti pulih ke folder baharu.
- Syarat masuk
- Tak perlu buku lain. Komputer, pelayar, Python 3.11 atau lebih baharu dan sanggup salin arahan Terminal.
-
Bab 1. Perlukah anda bina app sendiri?
Bandingkan baiki proses, melanggan, menyambung alat dan membina app kecil, termasuk kos penjagaan.
-
Bab 2. Tulis pelan sebelum minta kod
Product brief satu halaman dan lima skrin minimum.
-
Bab 3. Fahami tempat data disimpan
Frontend, backend, SQLite, ID, pemilik, versi dan revision.
-
Bab 4. Jalankan app, kemudian ubah satu bahagian
Jalankan makmal, minta AI membaca kod dan cuba satu perubahan kecil.
-
Bab 5. Login dan pengasingan rekod
Sesi, semakan izin pada server dan ujian dua akaun.
-
Bab 6. Siapkan satu kerja hingga semakan
Draf, revisi, kelulusan versi, dua tab dan bukti.
-
Bab 7. Eksport, backup dan pulihkan
Beza eksport dan backup, dan memulihkan ke folder baharu.
-
Bab 8. Jaga app tanpa membazir
Isu lawan idea baharu, kos sebenar, jadual penjagaan dan jalan manual.
Lampiran: peta kit dan ujian akhir, hosting, VPS dan model setempat, glosari serta sumber dan batas edisi.
Apa Yang Berbeza Dalam Cara Ebook Ni Ajar?
-
Satu kerja dulu, bukan senarai alat
Setiap Level mula dengan satu kerja yang jelas. Anda tak perlu cuba semua tool yang muncul, dan tak perlu sistem besar.
-
Sumber yang boleh dijejak
AI diberi bahan yang anda pilih. Hasil yang bagus sebut dari mana maklumat datang, dan tandakan apa yang bercanggah.
-
Anda yang semak dan luluskan
Tak ada apa-apa dihantar kat pelanggan tanpa semakan anda. Setiap Level ada syarat lulus yang boleh anda periksa sendiri.
-
Bukti, bukan mesej “siap”
Anda buktikan sendiri login, pengasingan rekod dan pemulihan backup. Backup yang belum dibuka semula tak dikira pulih.
Kit Ni Untuk Anda Kalau…
- Anda mengurus rekod pelanggan dan kerja dalam chat, fail atau spreadsheet yang berselerak.
- Anda nak faham keputusan bina atau langgan sebelum membelanjakan masa dan wang.
- Anda sanggup menyalin arahan Terminal dan membuktikan setiap langkah.
- Anda mahu belajar menggunakan pembantu coding AI dengan semakan, bukan menerima mesej “siap” bulat-bulat.
Tapi kit ni mungkin bukan untuk anda kalau…
- Anda mahu app siap yang boleh dibuka kepada pelanggan atau staf melalui internet.
- Anda mahu sistem ramai pengguna dengan peranan staf, reset kata laluan atau pembayaran.
- Anda tak mahu langsung menyentuh Terminal.
Kit ini untuk membina dan memeriksa app kecil dengan selamat di komputer anda, sebelum anda memutuskan apa yang patut dibina atau dilanggan untuk kerja sebenar.
Kata Pembeli Sebenar.
Ulasan di bawah ditulis oleh pembeli sebenar yang membenarkan kami memaparkannya.
Apa Yang Anda Terima: Satu ZIP, Semua Termasuk.
Ebook Bina App dan CRM Kecil Anda
32 halaman, 8 bab dan 4 lampiran tentang cara memutuskan bina atau langgan, menulis pelan, menjalankan app, menguji login dan pengasingan rekod, memulihkan backup dan menjaga app.
-
Termasuk
Buku kerja: Pelan App Pertama Saya
20 halaman dengan 72 kotak isian. Pilih masalah, tulis brief dan lima skrin, rekod ujian dan buat pelan penjagaan. Boleh dicetak.
-
Termasuk
Excel: Jejak Binaan dan Penjagaan
Empat tab (ringkasan, binaan, kos dan pemulihan) dengan 100 baris bagi setiap tab input. Kos kosong dibezakan daripada RM0, dan backup belum dikira pulih tanpa bukti restore.
-
Termasuk
18 tip: Bila App Bermasalah
9 halaman tentang masalah memulakan app, login dan akses, versi, carian dan eksport, backup dan restore, serta kod dan kos.
Termasuk
Makmal App Studio Satu (dalam ZIP kit)
Mini CRM Python tempatan dengan lima skrin, dua akaun latihan, eksport, backup dan restore, serta contoh perubahan carian status. Tiada panggilan AI, tiada pemasangan pakej tambahan dan tiada data pelanggan sebenar.
MULA-DI-SINI.html buka ini dahulu PANDUAN-LENGKAP.md panduan penuh CONTOH-EKSPORT-NADIA.json eksport contoh satu akaun NOTA-UJIAN.md apa yang diuji dan batasnya Makmal-App/ app.py, skrin, panduan, contoh diff
Semua ini ada dalam ZIP kit dalam satu folder Google Drive, bersama tiga PDF panduan: Mula di sini, Jaminan Nilai Pertama dan Lesen dan bantuan.
Dapatkan kit lengkap pada harga
Ya, Saya Nak Bina App Kecil SayaProduk digital · Satu ZIP dan tiga PDF panduan · Akses Google Drive selepas bayaran disahkan
Semak Alat Dan Kos Dulu. Dan Apa Yang Belum Kami Uji.
| Perkara | Kos | Untuk apa |
|---|---|---|
| Kit App: ebook, buku kerja, Excel, tip dan makmal | … sekali bayar | Satu ZIP dan tiga PDF panduan dalam folder Google Drive. |
| Komputer, pelayar dan Python 3.11 atau lebih baharu | Tanggungan anda | Menjalankan mini CRM setempat. |
| Pembantu coding AI | Pilihan. Dibayar kepada penyedia. | Hanya untuk latihan mengubah satu ciri kecil. Semak had dan caj akaun anda dahulu. |
| Akaun cloud, API AI berbayar atau VPS | Tidak perlu | Latihan utama dijalankan di komputer anda. |
-
Apa yang anda perlukan
Komputer, pelayar dan Python 3.11 atau lebih baharu. Tiada akaun cloud, API AI berbayar atau VPS untuk latihan utama. Pembantu coding AI ialah pilihan untuk latihan mengubah kod.
-
Kos yang bukan dalam harga ini
Komputer, internet dan masa anda. Jika anda menggunakan pembantu coding berbayar, semak had dan caj akaun anda dahulu; langganan itu dibayar kepada penyedia dan tidak termasuk.
-
Batas makmal
Makmal ialah app setempat pada 127.0.0.1 dengan server pembangunan Python, dan dua akaun rekaan dengan kata laluan latihan yang diketahui umum. Tiada reset kata laluan, MFA, import JSON, peranan staf, mesej keluar atau pembayaran. Backup tidak disulitkan. Jangan buka ke internet atau masukkan data sebenar.
-
Tarikh semakan
Rujukan Python dan OWASP kami semak pada 10 Oktober 2026. Panduan vendor boleh berubah.
-
Apa yang telah kami uji
30 kes HTTP dan CLI pada macOS (Python 3.12), diulang dalam semakan bebas dengan 43 pemeriksaan. Satu kelemahan penerimaan backup ditemui dan dibaiki. Formula Excel diuji dengan 13 keadaan input dan empat kes dikira semula dalam LibreOffice.
-
Apa yang belum kami uji
Windows, Microsoft Excel, semua pembaca PDF dan telefon fizikal. Tiada kajian pembaca atau testimoni. Ulang semakan pada komputer anda sendiri.
Pilih Level Anda. Atau Ambil Semua Empat.
Harga pelancaran tamat dalam
00hari 00jam 00min 00saat
0 daripada 0 slot harga pelancaran berbaki
-
Level 4 · Bina
Kit App
… sekali bayar
Naik ke selepas pelancaran
- Ebook 32 halaman, 8 bab dan 4 lampiran
- Buku kerja Pelan App Pertama Saya (20 halaman)
- Excel Jejak Binaan dan Penjagaan (4 tab)
- 18 tip Bila App Bermasalah
- Makmal mini CRM
- Satu ZIP dan tiga PDF panduan
-
Paling berbaloi
Level 1 hingga 4
Pakej Lengkap
… sekali bayar
Naik ke selepas pelancaran
- 4 ebook, 266 halaman
- 12 bahan tambahan: buku kerja, Excel dan tip bagi setiap buku
- 3 makmal Studio Satu
- Satu ZIP Pakej Lengkap dan tiga PDF panduan
- Setiap buku boleh guna sendiri
Jumlah harga keempat-empat Level satu-satu ialah …. Itu jumlah harga individu, bukan harga asal yang pernah dicaj.
Jaminan Nilai Pertama 30 Hari
Belum dapat satu hasil berguna? Beritahu kami.
E-mel kami dalam 30 hari selepas anda mendapat akses kepada fail. Jawab tiga soalan ringkas dan cuba satu langkah yang kita persetujui bersama. Jika masih tiada hasil berguna selepas cubaan itu, amaun pesanan itu dipulangkan.
Anda tak perlu habiskan semua bahan atau sertai kumpulan Telegram. Sekadar menerima balasan daripada kami tidak dikira anda sudah mendapat nilai. Hak undang-undang anda yang terpakai kekal.
Di Mana Buku Ni Dalam Siri Ari Founder Path.
-
Buku 1 · Mula
Ari Mula
Satu tugas lengkap dengan bahan, arahan dan semakan. Lihat Buku 1.
-
Buku 2 · Teman
Kit Agent
Ejen yang membaca bahan terpilih dan menyediakan briefing. Lihat Buku 2.
-
Buku 3 · Sambung
Kit Workflow
Menyambungkan brief, draf, semakan dan status. Lihat Buku 3.
-
Buku 4 · Bina
Kit App
Anda sedang melihat buku ini: mini CRM kecil yang boleh dijaga.
Latihan utama Buku 4 disertakan lengkap dalam kit ini, jadi anda tak perlu beli buku lain untuk menjalankannya. Kami tak ambil pra-tempahan untuk buku yang belum dibuka. Atau lihat Pakej Lengkap.
Masih Fikir-Fikir? Ini Soalan Yang Mungkin Anda Tengah Tanya.
Betul ke harga naik lepas pelancaran?
Betul. Harga pelancaran tamat pada masa yang tertera di halaman ni, atau bila slot pesanan pertama habis, mana lebih awal. Selepas itu pelayan terus caj harga biasa, jadi harga yang anda nampak sebelum bayar ialah harga yang dicaj. Harga yang anda dah bayar tak berubah selepas pembelian.
Kenapa ebook ni 32 halaman sahaja?
Buku 4 sengaja ringkas: satu app dan satu makmal. Nilai utamanya ialah latihan, buku kerja, Excel dan makmal yang disertakan. Lihat pratonton di atas untuk menilai gaya dan kedalamannya.
Saya kena pandai coding?
Untuk menjalankan makmal, tidak: anda menyalin arahan Terminal satu per satu. Untuk mengubah kod, anda belajar menggunakan pembantu coding AI dan memeriksa hasilnya, dan satu contoh perubahan kecil disediakan.
Boleh buka app ni kepada pelanggan atau staf?
Tidak. Ia ruang latihan setempat dengan server pembangunan, hanya pada komputer anda. Ebook menerangkan keputusan yang perlu dibuat sebelum membina deployment awam yang berasingan.
Perlu langgan pembantu coding AI?
Tidak untuk latihan utama. Ia pilihan untuk latihan mengubah kod, dan caj akaun itu berasingan.
Adakah Excel bersambung dengan app?
Tidak. Excel ialah rekod manual untuk skop, kos dan ujian pemulihan anda. Tiada macro atau penyelarasan automatik dengan app.
Kenapa kata laluan latihan diketahui umum?
Dua akaun latihan itu disenaraikan dalam panduan supaya anda boleh menguji pengasingan rekod. Jangan gunakannya untuk akaun sebenar atau masukkan data pelanggan sebenar.
Boleh guna terus pada data pelanggan sebenar?
Tidak. Makmal untuk bahan rekaan sahaja.
Macam mana saya akan terima kit selepas bayar?
Selepas pembayaran disahkan, halaman seterusnya menunjukkan pautan folder Google Drive anda, dan kami beri akses secara automatik kepada emel yang anda isi semasa membeli, jadi gunakan emel akaun Google anda. Dalam folder ada satu ZIP (ebook, buku kerja, Excel, tip dan makmal) dan tiga PDF panduan. Simpan pautan halaman itu kerana ia boleh dibuka semula.
Ada sokongan, coaching atau refund?
Ada Jaminan Nilai Pertama 30 Hari, dan bantuan melalui e-mel, kumpulan Telegram dan halaman Facebook (pautan ada di halaman selepas bayaran). Coaching, pemasangan tersuai dan sokongan tanpa had tidak termasuk. Butiran penuh di halaman terma.
Mulakan Dengan Satu App Kecil Yang Boleh Anda Buktikan.
Anda tak perlu app besar atau bajet hosting untuk belajar bagaimana rekod, login dan pemulihan sepatutnya berfungsi. Anda perlu satu app kecil, dua akaun ujian dan kesanggupan membuktikan setiap langkah.
Selepas satu app kecil, anda boleh buktikan login, pengasingan rekod dan satu backup yang berjaya dipulihkan.
Atau rekod masih bertaburan dalam chat dan fail, dan anda masih tak pasti nak bina atau melanggan.
Laluan dah ada. Tinggal anda pilih Level untuk mula.
— Ebook, buku kerja, Excel, tip dan lab
Ya, Saya Nak Bina App Kecil SayaSatu app. Rekod terjaga. Anda faham.
* Hasil latihan di atas ialah tujuan pembelajaran dengan bahan rekaan, bukan jaminan jualan naik, masa jimat atau kos staf turun. Makmal ni app setempat untuk latihan, bukan app yang sedia dibuka kepada pelanggan atau staf di internet.



